![]() |
| duit mudah |
Baru-baru ni aku keluar dengan kawan aku macam biasa lepak makan burger,mula-mula cuma perbualan biasa, Sampailah masuk topic tentang kawan baik aku sorang ni yang takde makan dengan kitorang sebab melanjutkan pelajaran,hahaha,kelas kau geng.tukar la topic ke sambung belajar,bila cerita pasal sambung study ni semua akan kaitkan dengan masa depan,kerjaya,duit dan segalanya duit.tiba-tiba kawan aku bukak cerita yang sangat menarik untuk aku ketengahkan harini.multi level marketing ataupun lagi hebat dengan panggilan MLM.
Masa zaman aku study dekat uitm perlis dulu memang la kuat betul geng-geng MLM ni,ada je kat mana-mana. Selalunya kat kedai makan lah,katanya nak ajak sembang,mula-mula sembang sikit,lepas tu masuk topic baru pasal MLM.dengan berpakaian kemas,berkasut,macam nak pergi pejabat kononnya diorang ni dah berjaya,ada yang tambah sikit hebat dia bawa iphone,tapi yang aku nampak,iphone tu diorang pasing-pasing.nak tunjuk la diorang mampu.mampu pinjam!kalau ada yang tak jelas tentang MLM ni adalah perniagaan downline,cari modal tambah modal dengan cari orang bawah.semakin ramai yang masuk,semakin ramai banyak untung atau bahasa mudahnya lebih banyak menipu :). Mudah nak tambah pendapatan MLM ni,sebelum join korang cuma perlu bayar rm250 untuk mendengar ceramah tentang MLM.dan bila korang nak join korang perlu membayar rm2000.memang la kaya kan kalau kita dapat tipu ramai orang.
Kerakusan nak dapat duit secara mudah ada seorang kawan daripada kawan aku ni yang dapat tawaran belajar ke matrix dan uitm tapi menolak dua-dua semata-mata nak menyertai MLM ni."DAH ADA LOMBONG EMAS NAK PERGI MANA LAGI". itu ayat yang menarik perhatian aku,lombong emas kau tu tak lebih daripada menipu orang,habis penipuan kau terbongkar,lebur la lombong emas kau tu.pernah tak terfikir yang lombong emas kau tu takkan selamanya ada,kaya cuma sementara,tu pon kalau kau sempat kaya lah,kenapa aku nak masuk campur hal orang,biarlah kau dengan hal kau,tapi yang aku nak tekankan adalah mangsa penipuan kau tu.yang aku risaukan semakin ramai antara kawan-kawan aku yang menyertai.atas pengalaman aku dari pelbagai MLM sebelum ni tak ada yang berjaya melainkan semuanya meringkup lepas tu.pernah ke si penipu ni tahu yang duit diorang dapat hasil penipuan adalah haram.bangga ke bawa kereta,moto,handphone haram dan bagi duit haram kat ibu bapa?bangga ke?"KAMI NAK TOLONG ORANG MELAYU" kalau betullah nak tolong.hentikanlah kerja menipu anak melayu kau tu.mulalah gunakan tulang empat kerat untuk bekerja,bukan urat lidah untuk mengayat mereka-mereka yang terdesak nakkan wang mudah?
Mungkin ada yang akan kata aku berlagak pandai tahu semuanya.tapi percayalah cakap aku sebab kita umat islam disuruh bekerja untuk mendapatkan nafkah,gunakan tulang empat kerat,rezeki kita pasti akan datang.kenapa nak berenti study untuk kejarkan kejayaan sementara tu.pernah ke fikir kalau lombong emas tu lebur,apa yang kita nak buat lepas 2?mengharapkan sijil SPM untuk kerja?kerja kilang?kau akan tahu susahnya hidup lepas tu.biar bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.mungkin ada yang kata,aku nak bersenang-senang kau peduli apa.setahun yang lepas aku pernah punyai wang sebanyak rm50ribu.tapi semua tu cuma sementara,tanpa pekerjaan.aku sebagai pelajar.habis jugak semua tu aku belanjakan.pepatah inggeris ada menyatakan "Give a man a fish and he won't starve for a day. Teach a man how to fish and he won't starve for his entire life".ilmu yang kita ada harini yang akan buat kita lebih bersedia untuk hadapi kehidupan akan datang,bukan duitnyang datang sementara untuk harini.fikir la yang mana terbaik.mohon perbetulkalau aku salah.sekian
*diarist : darel

oo. laki sembang lagu tu no. mlm meme ngarut ja.
ReplyDeletehaha,kadang2 masuk la bab2 duit,bukan hari2 la anis :)
ReplyDelete